mutakhir

BSN sedia pakej pembiayaan menarik

Oleh Hamizah Badiran

Pernahkah terfikir untuk mendapatkan pembiayaan peribadi, namun sukar untuk mendapatkan pilihan terbaik?

Justeru, bagi yang sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pembiayaan sedemikian tetapi mahukan ciri-ciri yang menguntungkan dari segi kadar pembiayaan, maka berkunjunglah ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Pembiayaan Peribadi (BSN MyRinggit/i) yang ditawarkan.

Naib Presiden Kanan/Ketua Distribution BSN, Akhsan Zaini berkata, terdapat pelbagai sebab seseorang itu mengambil pembiayaan peribadi dan salah satunya adalah untuk melakukan penyusunan semula hutang sedia ada.

"BSN adalah sebuah bank yang berperanan menyediakan akses kepada kemudahan kewangan dan perbankan untuk orang ramai secara konsisten dan menyeluruh.

"Oleh itu, kami menawarkan pelbagai produk konvensional mahupun Islamik kepada kumpulan segmen sasaran, antaranya Pembiayaan Peribadi (BSN MyRinggit/i).

"Kami mempunyai kira-kira 130 pegawai jualan bergerak untuk menemui para pelanggan sama ada di pejabat atau rumah seterusnya memberikan penerangan dan nasihat kewangan agar mereka tidak mengambil pembiayaan melebihi daripada keupayaan bulanan," katanya.

Bagi memenuhi keperluan semasa pelanggan, pembiayaan peribadi di BSN juga dikategorikan mengikut segmen tertentu seperti kakitangan kerajaan dan swasta.

Selain itu, terdapat pakej pembiayaan khusus di bawah produk Pembiayaan Peribadi (BSN MyRinggit/i) yang menawarkan kadar keuntungan dan faedah yang kompetitif kepada golongan khas seperti kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pegawai pengurusan tinggi, doktor dan pegawai perubatan.

BSN juga menawarkan produk pembiayaan lain seperti pembiayaan perumahan, sewa beli kenderaan, pembiayaan mikro dan banyak lagi.

Selain produk yang menarik dan berdaya saing, BSN turut memberikan ganjaran kepada pelanggan.

Terbaru, BSN menerusi kempen 'Riuhkan Sambutan dengan BSN' yang sedang giat dijalankan ada menawarkan baucar atau kad hadiah membeli-belah bernilai RM200 di Jakel dan Mydin, mengisi petrol di Petronas, tambah nilai kad Touch n Go dan hiasan rumah SSF Home Deco buat para pelanggan apabila mereka memohon produk-produk seperti Pembiayaan Peribadi (BSN MyRinggit/i); Skim Perumahan Belia BSN (MyHome/i); Pembiayaan (BSN MyAuto/i) dan Takaful/Insurans.

Tawaran menarik itu akan diberikan kepada 300 pelanggan pertama yang lulus mana-mana permohonan produk kempen yang ditawarkan BSN.

Kempen berkenaan diadakan dari 17 April 2017 sehingga 31 Mei 2017 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan).

Kempen ini adalah segmen pertama dan banyak lagi segmen-segmen serta aktiviti-aktiviti menarik yang bakal menggembirakan anda terutamanya menjelang musim perayaan akan datang.

Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini BSN dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai BSN, kempen serta produk yang ditawarkan di laman web www.mybsn.com.mydan Facebook, BSN Malaysia. Jom sama-sama riuhkan sambutan dengan BSN!

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 11:03am
d