mutakhir

Seorang maut, 3 cedera kereta bertembung bas

Sungai Siput: Seorang lelaki maut tersepit manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di kilometer 41.8 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Karai, semalam.

Dalam kemalangan jam 8.20 pagi, Mohd Farhan Razali, 24 yang memandu kereta Perodua Myvi maut di lokasi kejadian manakala dua penumpang bas, seorang lelaki dan wanita cedera serta pemandu bas berusia 55 tahun putus jari kelengkeng kanan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Abd Fattah Abd Rahman berkata, siasatan mendapati kereta dipandu mangsa dari Ipoh ke Kuala Kangsar hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

Katanya, kereta itu memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas yang datang dari Kuala Kangsar.

“Akibat rempuhan, pemandu Perodua tersepit di tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 2:38pm
d