mutakhir

Sindiket proses dadah lumpuh [METROTV]

Oleh Mohd Hasbi Sidek

POLIS Kontinjen Kuala Lumpur berjaya melumpuhkan sindiket memproses dadah selepas menyerbu makmal menghasilkan bahan itu di sebuah pangsapuri dekat Bukit Jalil, malam Jumaat lalu.

Polis turut merampas pelbagai bahan untuk menghasilkan dadah dianggarkan bernilai RM90,000.

Dalam serbuan kira-kira jam 7 malam itu polis turut menahan seorang lelaki berusia 49 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar berkata, pihaknya turut menemui lima pucuk pistol di pangsapuri berkenaan bersama 268 peluru.

"Pemeriksaan dalam rumah kami menemui tiga bekas plastik yang mengandungi cecair gelap disyaki 'meth oil' seberat 1.329 gram, pelbagai bekas kaca dan plastik dan dua balang kaca berisi cecair asid hydroklorik serta etanol.

"Kami juga menemui satu beg mengandungi serbuk putih seberat 13kg selain wang tunai berjumlah RM65,837," katanya.

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 3:54pm
d