mutakhir

Pak Nasir dah sampai Tapah

Oleh Zuliaty Zulkiffli

PELARI solo, Nasir Abas, 62, tiba di Tapah, Perak, pada 4 petang hari ini selepas menyambung larian hari kedua dari Tanjung Malim.

Meskipun hujan renyai, ia tidak merencatkan misi larian bekas tentera itu yang bersemangat berlari dalam jarak 60 kilometer.

Anaknya, Mohamad Ridzuan Nasir, 29, berkata, bapanya dalam keadaan sihat dan masih mampu meneruskan lariannya serta ceria melayan orang ramai setiap kali berhenti.

"Sebaik sampai di Bidor 3.30 petang tadi, ayah berhenti rehat untuk menunaikan solat Zohor.

"Dia juga terpaksa `mencuri' peluang meneruskan larian pada waktu malam untuk mensasarkan jarak 80 kilometer (km) sehari," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nasir melakukan larian solo ke-13 dari Stadium Shah Alam, Selangor menuju ke Stadium Darulaman, iaitu sejauh kira-kira 500 km selepas pasukan Kedah menjuarai Piala FA menewaskan Pahang 3-2, Sabtu lalu.

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 5:23pm
d