mutakhir

Angkara sang bedal

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

REMAJA lelaki maut diserang buaya selepas terjatuh ke dalam Sungai Kampung Kawi, Bintangor, petang ini.

Mangsa Andrian Tan, 13, terjatuh ketika duduk di tepi sungai berkenaan sebelum ditarik sang bedal kira-kira jam 6.30 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, mangsa ditemui terapung 500 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh oleh penduduk kampung yang keluar mencarinya sebaik menerima maklumat mengenai kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui jam 7.10 malam dengan kesan gigitan pada paha kirinya.

"Sebaik ditemui, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke rumahnya sebelum disemadikan," katanya.

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 9:11pm
d