mutakhir

Memang cari pasal

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

POLIS Muar menahan seorang lelaki berusia 60an hari ini bagi membantu siasatan penyebaran berita tular kononnya sebuah jet pejuang menggugurkan sebutir bom di Sungai Muar, Johor sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata suspek ditahan di Muar, bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan lengkap.

"Polis masih meneruskan usaha mengesan penyebar berita berkenaan yang lain dan menasihatkan mereka yang terbabit tampil kerana keterangan mereka diperlukan.

"Antara yang diminta tampil membantu siasatan termasuk dikenali di laman Facebook sebagai Mohd Salleh Ismail, Zue Aziz, Balingviral, Jebuk La, Md Rafizi Misman, Mohamed Radzie, Rol Ea, Zack Abdul Karim, Zack Mozaff dan Zura Muar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Disiarkan pada: May 22, 2017 @ 10:27pm
d