mutakhir

Warga emas direman

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

WARGA emas berusia 60 tahun direman tiga hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu kononnya jet pejuang asing bertindak menggugurkan sebutir bom di Sungai Muar, Muar.

Majistret Zuraidah Abu Bakar mengeluarkan perintah reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Tertuduh tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi tadi diringi pegawai polis memakai baju lokap berwarna jingga.

Terdahulu, suspek ditahan di kediamannya di sekitar Muar pada 12.30 tengahari semalam selepas pasukan polis menerima maklumat awam mengenai tindakan suspek membuat rakaman berkenaan dan dihantar melalui aplikasi WhatsApp sebelum tular di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, polis masih mengesan 10 individu lain selepas berita palsu berkenaan tular pada Jumaat lalu.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 12:43pm
d