mutakhir

Tiada pelajar Malaysia terbabit

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia berada di lokasi kejadian letupan di Manchester Arena, England.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KPT hari ini menyatakan, sejurus letupan berlaku Education Malaysia United Kingdom & Ireland (EMUKE) melakukan hebahan melalui Facebook dan aplikasi WhatsApp kepada persatuan pelajar di Manchester dan kawasan sekitarnya bagi memastikan kesahihan tiada pelajar Malaysia di tempat kejadian.

"EMUKE akan terus memantau dan melaporkan perkembangan semasa serta mengingatkan semua pelajar supaya berhati-hati.

"Hubungi EMUKE jika ada sebarang perkembangan," katanya.

Katanya, secara keseluruhannya, seramai 1,303 pelajar Malaysia berada di Manchester bagi melanjutkan pengajian di The University of Manchester, Manchester Metropolitan University dan University of Salford.

Dalam kejadian jam 10.35 malam waktu tempatan, seramai 22 orang terkorban dan 59 lagi cedera dalam kejadian yang disiasat sebagai serangan pengganas itu.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 3:05pm
d