mutakhir

Habis musnah terbakar

Oleh Faliq Lajim

SEBANYAK 11 motosikal musnah terbakar di Pangsapuri Melati, Jalan Metafasa U16/3, Taman Bukit Subang, Shah Alam pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.57 pagi dan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, api sudah dipadamkan penduduk.

"Anggota bomba kemudian melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula," katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan anggota unit forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca serta jumlah kerugian.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 4:21pm
d