mutakhir

Seorang individu ditahan

Oleh Norizuan Shamsuddin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu di utara tanah air, minggu lalu, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan paderi Raymond Koh Keng Joo, 62,

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya yakin penahanan suspek dapat membantu siasatan kes itu.

"Setakat ini hanya seorang saja individu yang ditahan dan saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut perkara itu.

"Kita tidak akan menutup kes ini dan saya tegaskan polis menyiasat semua kes termasuklah kes ini.

"Biar kita siasat dulu kes ini dan usah beri publisiti. Bila publisiti terlalu banyak, jadi banyaklah kecacatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-210 Tahun 2017, di Bukit Aman, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.

Pada 13 Februari lalu, Raymond didakwa hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki bertopeng di SS4B/10, Petaling Jaya, kira-kira 10 pagi.

Disiarkan pada: May 24, 2017 @ 2:32pm
d