mutakhir

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah direman

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

KETUA Bahagian Siasatan Jenayah sebuah daerah di Melaka ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung

kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di beberapa lokasi di Melaka.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berpangkat Asisten Superintendan berusia 51 tahun itu ditahan SPRM pagi semalam.

Pegawai kanan polis berkenaan adalah individu ke-13 yang ditahan SPRM sejak 16 Mei lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi dalam keadaan bergari.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 12:26pm
d