mutakhir

Mercedes-Benz GLA 2017 dilancarkan

Oleh Lizam Ridzuan

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan generasi terkini kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak model GLA dengan tiga varian diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Terdiri daripada GLA 200 Urban Line, GLA 250 4Matic AMG Line dan Mercedes-AMG GLA 45 4Matic ditawarkan untuk pengguna dengan sentuhan peningkatan pada bahagian luaran dan dalaman.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpangnya, Mark Raine berkata model ini bukan sahaja menampilkan rekaan gaya urban yang sporty namun dilengkapi ciri keselamatan terbaik.

"Model ini juga menggabungkan elemen gaya hidup aktif serta ciri karakter unik dan ruang dalaman fleksibel dengan bampar diperbaharui, roda aloi ringan dan pilihan warna baharu "canyon beige" antara yang membezakan dengan model sebelumnya," katanya ketika pelancaran di Kuala Lumpur hari ini.

Dikuasakan dengan enjin empat silinder 1.6 liter (GLA 200), 2.0 liter untuk GLA 250 dan GLA 45 ia dijual pada harga asas RM239,888 (GLA 200), RM269,888 (GLA 250 4Matic) dan RM408,888 (GLA 45 4Matic) diimport sepenuhnya dari Jerman.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 12:37pm
d