mutakhir

Sultan Selangor utamakan rakyat

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

EXCO Kerajaan Negeri Selangor dari PAS Zaidy Abdul Talib menghargai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan kedudukan tiga wakil PAS dalam Exco Kerajaan Selangor dikekalkan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Zaidy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, beliau menjunjung kasih titah Sultan Selangor itu.

"Saya menjunjung kasih titah Tuanku dan amat menghargainya.

"Ini membuktikan betapa pentingnya ke bawah Tuanku akan kestabilan kerajaan negeri dan kemaslahatan rakyat.

"Perkara sama juga yang menjadi keutamaan kami seluruh ADUN (Ahli Dewan Undangan) PAS," katanya di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mendokong prinsip itu dansentiasa mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

"Semoga titah Tuanku ini dapat memberhentikan segala persepsi dan tanggapan jahat seterusnya membolehkan semua Exco dapat melunaskan tanggungjawab dengan lebih lancar dan aman demi kebaikan rakyat," katanya.

.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 3:59pm
d