mutakhir

1,000 tangki air untuk 16 DUN

Oleh Aizat Sharif

Alor Setar: Sebanyak, 1,000 tangki air plastik yang mempunyai kapasiti 900 liter diagihkan kepada 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah bagi kegunaan penduduk dalam berdepan masalah bekalan air di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Datuk Badrul Hisham Hashim berkata, agihan tangki air plastik berkenaan membabitkan kawasan DUN seperti DUN Kuala Nerang (50 buah tangki air), Pedu (50), Bukit Lada (100), Bukit Pinang (50), Derga (50) Kubang Rotan (10), Pengkalan Kundur (10) Sungai Tiang (150), Gurun (20), Tangjung Dawai (100), Pantai Merdeka (100), Bayu (100), Kupang (100), Kulim (20), Belantek (50) dan Jeneri (50).

“€œIni adalah fasa pertama penyerahan tong atau tangki air plastik ini dimana kita menyerahkannya kepada Ahli DUN atau wakil ADUN BN di negeri ini untuk diagihkan oleh mereka kepada pemohon atau peserta yang difikirkan layak untuk menerima bantuan ini.

“€œIni adalah pelan jangka masa pendek kita dimana kita mensasarkan kawasan yang kritikal dan sering menghadapi masalah bekalan air di tempat mereka untuk menerima bantuan tangki air ini dan pemohon yang layak menerima tangki air ini adalah mereka yang didapati tidak berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Tangki Air kepada ADUN Barisan Nasional di Wisma Darulaman, Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata, fasa pertama penyerahan tangki air plastik itu membabitkan kos sebanyak RM200,000 dan memfokuskan kawasan kritikal seperti di Sungai Tiang dan juga Merbok.

“Sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu golongan tidak berkemampuan untuk menggunakan sumber air yang ditakung dalam tangki ini ketika berlakunya krisis bekalan air di tempat mereka.

“€œSebagai contoh, dengan siapnya Loji Rawatan Air Pokok Sena yang dijangka akan digunakan selepas raya nanti dan mampu menampung sumber air sebanyak 30 juta MLD, banyak kawasan hotspot masalah bekalan air terutama di kawasan Pokok Sena akan selesai,” katanya.

Badrul Hisham juga mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air terutama ketika Ramadan dan menjelangnya Aidilfitri kelak.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 4:47pm
d