mutakhir

Fattah gelak aje

Oleh Michelle Gun

Kuala Lumpur: Bintang drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin tidak kecil hati dengan gelaran kayu paling popular dan menganggap ia lucu.

"Saya ada cakap kayu pun boleh popular ketika menerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini.

"Agaknya ada penonton salah faham dan menjadikan perkara itu serius," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Selepas anugerah itu, pengguna yang menaip perkataan kayu paling popular di enjin imej pencarian Google akan melihat gambar Fattah.

Pelakon berusia 26 tahun itu menjelaskan dia mengucapkan ayat itu pada malam kemuncak ABPBH kerana sering dikritik berlakon seperti kayu.

"Saya langsung tidak berasa terkilan malah tergelak besar apabila pencarian itu menjadi tular di media sosial," katanya.

Dalam pada itu, Fattah yang turut menceburi dunia nyanyian baru sahaja kembali dari Amsterdam selepas lebih seminggu menjalani penggambaran Hero Seorang Cinderella di negara terbabit.

"Walaupun sebahagian episod sudah disiarkan, penggambaran masih berlangsung sehingga 20 Jun ini," katanya.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 6:13pm
d