mutakhir

Bateri Mi Max 2 tahan 2 hari

Oleh Afiq Hanif

XIAOMI melancarkan phablet bersaiz 6.44 inci, Mi Max 2 yang mempunyai kapasiti bateri 5300mAh mampu bertahan sehingga dua hari tanpa cas di Beijing, hari ini.

Mi Max 2 didatangkan dengan sistem pengecas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 yang membolehkannya dicas sehingga 68 peratus dalam masa sejam selain mempunyai kekuatan RAM 4GB.

Peranti ini datang dengan pilihan storan 64GB atau 128GB bersama kamera Sony 12 megapiksel dan kamera depan lima megapiksel di samping berat 211g.

Berdasarkan sistem operasi Android 7.0 Nougat MIUI 8, ia ditawarkan pada warna emas lengkap pengimbas cap jari di belakang.

Mi Max 2 dijual pada harga kira-kira RM 1,057.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 7:14pm
d