mutakhir

Rasmi loji bawah tanah pertama

Oleh Muhammad Saufi Hassan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 (P2STP) dan Pantai Eco Park Kuala Lumpur di Kampung Pasir, Pantai Dalam, hari ini.

Projek bernilai RM973 juta itu adalah loji bawah tanah pertama di negara ini dan terbesar di rantau Asia Pasifik yang menggunakan teknologi Advance Anaerobic-Anoxic-Oxic (Advance AAO).

Operasi P2STP itu juga mampu menampung kapasiti penduduk menjangkau 1.4 juta sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air.

Perdana Menteri berkata, projek pembinaan loji rawatan kumbahan berteknologi tinggi itu juga akan diperluaskan di bandar-bandar utama serta meningkatkan perkhidmatan pembentongan seluruh negara.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 9:28pm
d