mutakhir

50 suspek Macau Scam dicekup

Oleh Mohd Hasbi Sidek

LIMA puluh suspek ‘Macau Scam’ ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di enam lokasi di Iskandar Puteri, Johor, semalam.

Mereka terdiri daripada 27 lelaki warga China, lima lelaki warga Taiwan, 16 wanita warga China, seorang wanita tempatan dan seorang lelaki tempatan berusia dari 20 hingga 35 tahun.

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabtan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, sindiket memperdayakan individu dengan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai syarikat telekomunikasi di Taiwan.

"Sindiket menyasarkan mangsa dari Taiwan dengan memaklumkan mangsa mempunyai hutang Internet yang besar dan perlu menjelaskannya.

"Turut dirampas dalam serbuan ini adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire, 44 telefon bimbit, 10 iPad, 21 komputer riba, lima modem dan pelbagai dokumen," katanya.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 10:07pm
d