mutakhir

Telefon pintar paparan 4K

Oleh Afiq Hanif

SONY Mobile Communications memperkenalkan dua telefon pintar bagi pasaran Malaysia termasuk Xperia XZ Premium dan Xperia XA1 Ultra.

Xperia XZ Premium menjadi telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi paparan jenis 4K HDR yang menyamai paparan televisyen Sony Bravia di samping keupayaan kamera 'super slow motion'.

Pada skrin 5.5 inci, ia datang dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 64 bit octa-core yang memantaskan operasi telefon selain lengkap RAM 4GB, bateri 3220mAh dan storan 64GB.

Manakala model Xperia XA1 Ultra pula mempunyai kamera 23 megapiksel dengan sensor mudah alih besar 1 / 2.3” jensi Exmor di samping lensa f2.0 yang memudahkan rakaman pada pencahayaan rendah.

Kamera swafoto pula beresolusi 16 megapiksel manakala RAM pula sama dengan XZ Premium namun pemprosesannya dikuasakan MediaTek Helio P20 octa-core 64 bit.

Xperia XA1 Ultra bersaiz 6 inci dan mempunyai storan dalaman 64GB.

Xperia XZ Premium dan Xperia XA1 Ultra masing-masing dijual pada harga RM3,399 serta RM1,899.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 11:15pm
d