mutakhir

Sikit lagi Pak Nasir

Oleh Zuliaty Zulkiffli

BEKAS tentera, Nasir Abas, 62, selamat tiba di pekan Guar Chempedak, Yan, Kedah, kira-kira 7 malam, hari ini.

Nasir atau lebih dikenali 'Pak Nasir' berhenti di situ untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak selain berehat selepas seharian berlari sejauh 80 kilometer (km) dari Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini.

Beliau akan meneruskan larian ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, 8 pagi esok.

Anaknya, Mohamad Ridzuan Nasir, 29, berkata, bapanya akan akan berhenti rehat di Jalan Pegawai, Alor Setar pada 12 tengah hari.

Katanya, larian akan diteruskan selepas solat Jumaat di situ dan akan berkumpul bersama peminatnya di stesen minyak Jalan Pegawai.

"Ayah dan kumpulan konvoi akan bergerak ke Stadium Darul Aman kira-kira 3 petang esok dan dijangka akan disambut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kedah, Datuk Aminuddin Omar.

"Selain itu, pemain pasukan Hijau Kuning juga akan menyambut ayah sebaik tiba di lokasi bersama Piala FA yang dimenangi pasukan Kedah," katanya.

Mohamad Ridzuan berkata, antara kumpulan konvoi yang akan mengiringi larian solo bapanya termasuklah Kelab Larian Utara Runnaz, kelab permotoran kereta berkuasa tinggi Volvo Owner Club Malaysia dan Kelab motosikal berkuasa tinggi Northern Versys Owner Club.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 11:18pm
d