mutakhir

Rai guru

Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani

Kuantan: “Saya sebak ketika membaca status seorang guru agama yang tidak pernah berpeluang menyambut Hari Guru di tempatnya mengajar.

“Saya terus menghubungi ustaz itu dan mempelawa mereka meraikan majlis berkenaan secara percuma di kedai makan saya walaupun sambutan Hari Guru sudah berlalu (16 Mei lalu),” kata pemilik Aniq Steamboat, di sini, Mazlida Mohd Nor, 34.

Mazlida berkata, selepas tular di Facebook (FB) mengenai status seorang guru di madrasah tahfiz anak yatim yang tidak pernah merasai sambutan Hari Guru sepanjang tiga tahun bertugas di situ, dia terpanggil untuk meraikan mereka.

Seramai 40 orang terdiri murid, guru dan kakitangan Maahad Tahfiz Muhammadi, Jalan Pintasan Bukit Rangin, diraikan penuh meriah pada Majlis Sambutan Hari Guru di kedai terletak di Medan Warisan, kelmarin.

Disiarkan pada: May 26, 2017 @ 5:15am
d