mutakhir

Terkenang dua anak

Oleh Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Kedatangan Ramadan semakin menggamit kerinduan Ishak Amran, 74, terhadap dua anaknya yang diserahkan kepada keluarga angkat 40 tahun lalu.

Penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas itu juga tidak pernah berhenti berdoa mengharapkan kepulangan dua anaknya.

Ishak yang berasal dari Pontian berkata, seperti insan lain, dia sentiasa mengharapkan kehadiran insan tersayang di sisi walaupun sedar keinginan itu sekadar mimpi memandangkan mereka terputus hubungan hampir 40 tahun.

“Saya dan isteri berasal dari Indonesia dan berhijrah ke negara ini pada 1960. Sepanjang tempoh berkenaan, kami dikurniakan dua anak.

“Bagaimanapun, anak sulung yang juga lelaki diserahkan kepada seorang bidan di Batam Baru, Batam, Indonesia ketika berusia dua bulan manakala anak perempuan diserahkan kepada keluarga mualaf Tionghua dari Singapura,” katanya ketika ditemui di pusat jagaan itu, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 26, 2017 @ 5:53am
d