mutakhir

Modal hangus

Oleh Zulfa Mohamad 

Butterworth: Beberapa pelabur berputih mata apabila masing-masing gagal mendapatkan semula keuntungan mereka selepas melabur ratusan ribu ringgit dengan sebuah syarikat simpanan emas sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, antara 30 hingga 40 orang melaburkan wang dalam syarikat berkenaan yang mulanya beroperasi di Sungai Dua, dekat sini, dengan nilai RM10 juta bersamaan 60 kilogram (kg) jongkong emas.

Bagaimanapun, impian untuk menikmati keuntungan tidak menjadi kenyataan apabila wang pelaburan ‘hangus’, selain gagal memperoleh jongkong emas seperti dinyatakan pemilik syarikat berkenaan yang berusia 30-an.

Peniaga dari Pulau Pinang, Ishak Othman, 45, berkata, dia menyerahkan RM204,000 kepada pemilik syarikat berkenaan pada Januari 2015 bagi membeli 2,150 gram emas dan membuat perjanjian emas akan diserahkan kepadanya dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, dia tertarik dengan pelaburan berkenaan selepas pemilik syarikat itu mendakwa mempunyai penasihat syariah, selain keuntungan boleh diperoleh selepas melabur selama 30 hari.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 26, 2017 @ 6:03am
d