mutakhir

Dituduh terima rasuah RM5,250

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

PENJAWAT awam didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuching di Petra Jaya, hari ini, atas tiga kesalahan menerima rasuah bernilai RM5,250, dua tahun lalu.

Tertuduh, Omar Mohd Bahari, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Tertuduh yang bekerja sebagai Penguat Kuasa Lembaga Penapisan Filem (LPF) dituduh menerima rasuah daripada Richard Hii Ding Yin supaya tidak mengambil tindakan terhadap premis yang menjual cakera video digital (DVD) haram.

Kesalahan itu dilakukan antara 18 Jun hingga 27 Julai 2015 di tiga lokasi berbeza.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin manakala 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: May 26, 2017 @ 11:18am
d