mutakhir

MAIDAM sasar zakat fitrah RM6.5j

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

MAJLIS Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM6.5 juta bagi Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua MAIDAM Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, seramai 1.1 juta umat Islam akan mengeluarkan zakat fitrah di negeri ini dengan penambahan perolehan fitrah akan meningkat kepada RM6.5 juta berbanding RM6 juta pada Ramadan tahun lalu.

"Kadar zakat fitrah pada tahun ini adalah RM7 seorang selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 18 Mei lalu.

"Mereka boleh mengeluarkan zakat fitrah itu sepanjang Ramadan di kaunter MAIDAM atau seramai 1,038 amil yang dilantik di seluruh negeri.

"Bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, kaunter zakat turut disediakan di masjid-masjid utama di negeri ini seperti di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang dan Masjid Abidin Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.

Disiarkan pada: May 26, 2017 @ 6:35pm
d