mutakhir

Semoga roh tuan dicucuri rahmatNya

Oleh Muhammad Apendy Issahak

PEGAWAI polis maut selepas kereta dipandu dipercayai hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 283.4 lebuh raya PLUS arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, Ipoh, awal pagi ini.

Mangsa, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Maidon Budin, meninggal dunia di lokasi, dalam kejadian kira-kira 4 pagi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.31 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian bomba dapati seorang lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.

"Mangsa adalah pegawai polis dari IPD Ipoh dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bomba kemudian bertindak menggeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Satu, Ali Hiari Sulaiman itu tamat pada 5.40 pagi.

Disiarkan pada: May 27, 2017 @ 12:31pm
d