mutakhir

Jalan Kiulu-Tamparuli ditutup

Oleh Recqueal Raimi

JALAN Kiulu-Tamparuli berhampiran Kampung Malangang Baru, Kiulu, Tuaran ditutup di kedua-dua arah, akibat pokok tumbang, petang hari ini.

Dalam kejadian-kira-kira jam 4 petang itu, pokok tumbang itu merintangi jalan berkenaan selain turut mengakibatkan kerosakan pada wayar kabel telekomunikasi.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tuaran, Adzizah @ Suzianah Akul berkata, sepasukan kakitangan JKR sudah dikerah ke lokasi kejadian dan sedang menjalankan kerja pembersihan.

"Setakat ini, pengguna disaran menggunakan laluan alternatif dengan memasuki simpang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Malangang Baru dan melalui Kampung Tombung sebelum keluar ke Jalan Kiulu-Tamparuli semula," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: May 27, 2017 @ 6:40pm
d