mutakhir

Padah tidur bawah lori

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

LELAKI patah kaki kiri akibat digilis lori selepas mangsa yang dipercayai mabuk tidur di bawah lori berkenaan di Jalan Delima 4, Batu 6, Tambun, Ipoh, 5.45 pagi, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.51 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati mangsa, 39, tidak dapat bergerak akibat kaki kirinya patah dan masih berada di bawah lori.

Menurutnya, mangsa dipercayai mabuk dan tidur di bawah lori itu sebelum pemandu lori yang tidak menyedari memandu lori berkenaan.

"Anggota yang tiba mendapati mangsa tidak tersepit namun tidak boleh bergerak akibat kecederaan itu.

"Mangsa kemudiannya dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum dibawa ke HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun) untuk rawatan," katanya ketika dihubungi.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 10:17am
d