mutakhir

Pindah pesakit guna helikopter

Gua Musang: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan menyelamatkan seorang lelaki Orang Asli yang mengalami demam panas, semalam.

Secok Abus, 34, tinggal di Kampung Laklok, Pos Bihai, di sini, mengalami demam panas sejak dua minggu lalu terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) pada jam 1.15 tengah hari untuk rawatan.

Terdahulu, Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM Penolong Penguasa Bomba Mohd Farhan Marzuki berkata, pesawat AW139 diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 pagi.

Katanya, penerbangan diketuai juruterbang Kapten Sidek Abad dan dibantu penolong juruterbang Penolong Kanan Pegawai Bomba Faridullahamin Mohd Noh mendarat di kampung berkenaan pada jam 12.30 tengah hari dan mangsa diusung menaiki pesawat ditemani ahli keluarga.

“Perjalanan ke pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang mengambil masa 20 minit dan sebuah ambulans bersiap sedia menunggu untuk membawa mangsa ke HGM,” katanya.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 11:26am
d