mutakhir

Tragedi di petang Ramadan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

SEORANG wanita maut manakala enam cedera termasuk seorang kanak-kanak dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Kampung UIu Bendul, Kuala Pilah, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kereta Proton Persona dinaiki enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Pilah dipercayai bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata, tiga jentera termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta Kuala Pilah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Sebaik jentera tiba di lokasi jam 3.50 petang, empat penumpang kereta yang cedera sudah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

"Bomba mengambil masa 20 minit mengeluarkan pemandu dan seorang penumpang kereta yang tersepit. Penumpang iaitu wanita disahkan maut manakala pemandu kereta dan lori cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad berkata, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 6:21pm
d