mutakhir

Ismee dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima Berhad

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

MEDIA Prima Berhad melantik Tan Sri Ismee Ismail sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bermula 1 Jun ini.

Ketika ini, Ismee memegang jawatan sebagai Pengerusi TV AlHijrah dan Timbalan Pengerusi TH Plantations Berhad.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri FD Iskandar berkata, pelantikan berkenaan adalah antara bukti komitmen Media Prima dalam menjalankan tindakan strategik bagi meningkatkan kedudukan sebagai peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia.

“Ismee adalah tokoh korporat yang disegani di Malaysia dan beliau turut membawa pengalaman yang banyak dalam bidang kewangan, perbankan dan perniagaan yang antara lain akan meningkatkan nilai kepada pemegang saham.

“Mewakili Media Prima, kami mengalu-alukan kehadirannya dalam keluarga ini,” katanya.

Ismee sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji dari 2006 hingga 2016.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 7:00pm
d