mutakhir

Kampung Tualang Padang banjir kilat

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

LIMA keluarga terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Tualang Padang, Lipis, kira-kira 6 petang, hari ini.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis Haslizan Ramli berkata, kejadian banjir kilat itu turut menyebabkan berlaku runtuhan kecil pada struktur jalan memasuki kampung itu namun tidak membabitkan kemalangan jiwa ataupun kecederaan.

"Hingga kini 14 mangsa daripada lima keluarga terjejas dalam kejadian banjir kilat ini dan buat sementara semua mereka dipindahkan ke kawasan selamat.

"Bagaimanapun banjir kilat ini dijangka pulih beberapa jam lagi dan pihak kami akan melakukan kerja pemantauan daripada semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan banjir sedalam satu meter itu berpunca daripada hujan lebat sejak 4 petang.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 10:25pm
d