mutakhir

Tuai rumah maut nahas sehari sebelum Hari Gawai

Oleh myMetro

Mukah: Seorang tuai rumah tidak sempat meraikan Hari Gawai, esok apabila maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya bertembung treler di Kilometer 112 Jalan Tatau-Sibu, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam, mangsa Gaie@Maing Nyarapong, 56, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Mangsa adalah tuai Rumah Panjang Gaie di Betong memandu bersendirian dari Tatau menuju Selangau sebelum kenderaan itu hilang kawalan ketika melalui selekoh di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa melanggar tayar kanan belakang treler muatan minyak sawit.

“Akibatnya kereta mangsa terbabas ke dalam parit di bahu kiri jalan dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Disiarkan pada: May 31, 2017 @ 1:21am
d