mutakhir

CCC pelengkap transformasi Cyberjaya

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

PROJEK pembangunan Pusat Bandar Cyberjaya (CCC) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM11 bilion bakal melengkapkan lagi transformasi Cyberjaya sebagai hab teknologi global dan bandar pintar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, CCC yang diterajui Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) dengan kerjasama Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) adalah projek pembangunan berimpak tinggi yang menjadi kunci utama pelaburan di Cyberjaya.

Beliau berkata, projek pembangunan itu juga bakal menyediakan satu ekosistem yang sempurna, malah menjadi lokasi sesuai didiami membabitkan pembangunan bercampur seperti pembinaan pusat konvensyen, pangsapuri khidmat, ruang perniagaan runcit dan unit pejabat.

"Saya difahamkan, kerja pembangunan untuk fasa pertama sedang pesat dijalankan dan pusat konvensyen dan hotel bakal siap seperti dijadualkan pada 2019," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran CCC hari ini.

Katanya, sebanyak 11 projek pembangunan diumumkan bagi memacu projek pembangunan berkenaan termasuk penubuhan sebuah pusat data besar serantau.

Disiarkan pada: May 31, 2017 @ 5:44pm
d