mutakhir

16 kompaun dikeluarkan

Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

PEJABAT Kesihatan Daerah Tumpat keluarkan 16 kompaun pelbagai kesalahan kepada peniaga bazar Ramadan di daerah itu sejak Ramadan pertama.

Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat, Dr Faizan Ghazali berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk kotor, membiarkan makanan terdedah dan tidak patuhi peraturan perniagaan.

"Kita mewajib peniaga memakai tidak memakai penutup kepala dan apron serta tidak memakai selipar dan cincin, tetapi masih ada peniaga yang memandang ringan perkara ini.

"Kebanyakan peniaga dikenakan kompaun adalah mereka yang pernah berniaga di bazar Ramadan sebelum ini serta maklum mengenai peraturan itu.

"Maka tindakan kompaun diambil dengan nilai kompaun serendah RM100 bergantung kepada kesalahan," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di bazar Ramadan di Wakaf Bharu, Tumpat, hari ini.

Beliau berkata, kompaun perlu dijelaskan dalam tempoh dua minggu daripada tarikh serahan.

Turut serta dalam tinjauan itu adalahYang Dipertua Majlis Daerah Tumpat (MDT), Rosnazli Amin yang mengagihkan apron serta bekas plastik kepada peniaga.

Rosnazli berkata, MDT tidak akan berkompromi kepada peniaga yang pengotor dan gagal mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan.

"Tinjauan hari ini, saya berpuas hati apabila kebanyakan peniaga di bazar ini menggunakan bekas plastik dan mempunyai penutup, namun masih ada yang membiarkan makanan mereka terdedah.

"Saya berharap selepas ini akan ada perubahan yang dilakukan oleh peniaga dan kita juga mahu mereka menguruskan sampah di kawasan niasa sebaik mungkin," katanya.

Program menggunakan tong sampah dengan betul akan diadakan MDT dalam usahanya mendidik masyarakat.

Tamat

Disiarkan pada: May 31, 2017 @ 10:15pm
d