mutakhir

23,000 PATI diusir keluar

Oleh myMetro

Putrajaya: Jabatan Imigresen mengusir seramai 23,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal yang mana kebanyakannya terbabit pelbagai kesalahan jenayah.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pengusiran itu membabitkan pelbagai kesalahan termasuk melanggar syarat pas lawatan dan kerja dan mereka yang tamat menjalani hukuman penjara akibat melakukan kesalahan jenayah.

“Antara negara yang menduduki senarai teratas dalam kegiatan jenayah adalah PATI dari Indonesia iaitu seramai 6,849 orang dan Bangladesh seramai 4,220 orang,” katanya pada sidang media selepas sesi perbincangan antara JIM dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berhubung isu ancaman PATI dan jenayah, di sini, semalam.

Hadir sama Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 2:54am
d