mutakhir

Hari Keputeraan Agong di Kedah dipinda

Oleh Aizat Sharif

BERKUAT KUASA tahun ini, hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Kedah dipinda dari Sabtu pada minggu pertama bulan Jun ke Sabtu minggu terakhir bulan Julai.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang dipinda ke Sabtu pada minggu terakhir Julai ini sudah termaktub sepanjang lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bermula dari tahun 2017 hingga tahun 2021.

“€œIa sudah termaktub sepanjang lima tahun pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V bermula dari tahun 2017 hingga tahun 2021.

“€œOleh hal demikian, pengumuman ini saya berharap ia dapat merungkai kekeliruan mengenai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong kepada pihak yang berkenaan di Kedah,” katanya.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 12:23pm
d