mutakhir

Maut tersepit

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

LELAKI warga Indonesia maut selepas kereta Proton Gen 2 dipandu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori membawa muatan baja di Kilometer 32, Jalan Beruas-Parit, Parit, hari ini.

Dalam kejadian 10.35 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mukid, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah akibat tersepit.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati lori terbabit dari arah Parit ke Siputeh dan sebaik tiba di tempat kejadian kereta dipandu mangsa memasuki laluan di lalui lori berkenaan.

Katanya, pemandu lori berkenaan tidak sempat membrek kerana laluan berkenaan berselekoh menyebabkan kedua-dua mereka bertembung secara berhadapan.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat manakala pemandu lori berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 1:57pm
d