mutakhir

Menyamar pegawai tentera, 2 lelaki dicekup

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

POLIS menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai pegawai tentera sebelum cuba memasuki Kem Perdana Sungai Besi pada jam 1.15 pagi hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, dua lelaki yang ditahan itu berusia 22 dan 23 tahun termasuk seorang penuntut universiti swasta di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kedua-dua suspek cuba memasuki kem tentera dengan alasan bertemu kenalan yang dikatakan seorang anggota tentera.

"Bagaimanapun, ketika anggota yang bertugas di Pos Pengawal memeriksa identiti suspek, mereka gagal mengemukakan sebarang identiti untuk mengesahkan diri sebagai pegawai tentera.

"Namun, mereka menemui pakaian seragam tentera di dalam Proton Saga yang dinaiki suspek," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kedua - dua suspek ditahan reman hingga 3 Jun depan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 8:34pm
d