mutakhir

Sorok syabu, wang dalam botol minuman

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

LAPAN paket dadah jenis Syabu yang disorokkan dalam botol minuman bersama wang tunai berjumlah RM12,340 ditemui polis susulan serbuan di rumah di Kampung Tengah Sungai Abong, Muar, 2 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, nilai rampasan keseluruhan melebihi RM225,000 dan tiga individu berusia 40 hingga 61 tahun ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah

"Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar melakukan operasi, semalam.

"Polis turut merampas beberapa buah kenderaan milik suspek termasuk Nissan Frontier, Honda Accord, BMW dan Proton Gen2," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, semua yang ditahan bersama barang kes dibawa ke BSJN IPD Muar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 9:36am
d