mutakhir

Dapur KD Jebat terbakar

Oleh Fardy Bungga

SATU kebakaran kecil berlaku di kapal KD Jebat ketika berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 2.30 pagi, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kebakaran berpunca di rumah masak kapal ketika penyediaan persiapan sahur.

Katanya, tindakan awal anak-anak kapal dan Bomba TLDM berjaya mengawal api kebakaran dari merebak.

"Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Panglima Tentera Laut memaklumkan TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menyiasat punca kejadian dan nilai kerosakan,"katanya.

KD Jebat adalah kapal jenis Frigat dan ditauliahkan pada 10 November 1999.

Kapal kini ditugaskan di Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut.

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 9:42am
d