mutakhir

Masih ada stesen minyak menggaji PATI

Oleh Faliq Lajim

SERAMAI 18 warga asing ditahan dalam Op Ikrar dilakukan Jabatan Imigresen Selangor di stesen minyak Lebuhraya Persekutuan dan Persiaran Jubli Perak, Batu Tiga, Shah Alam, semalam.

Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar berkata, operasi itu dilakukan berikutan masih ada pengusaha stesen minyak menggajikan pekerja warga asing tanpa permit sah.

"Dalam operasi mulai 3.30 petang hingga 7 malam semalam, kita memeriksa 48 warga asing di tujuh stesen minyak dan menahan 18 daripadanya atas pelbagai kesalahan.

"Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 berikutan bekerja tanpa pas yang sah, tinggal lebih masa dan salah guna pas," katanya.

Beliau menggesa majikan segera memohon e-kad yang tinggal 26 hari lagi di Jabatan Imigresen terdekat.

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 3:52pm
d