mutakhir

Tiada rakyat Malaysia terbabit

Oleh Siti Fatimah Hassan

KEMENTERIAN Luar mengesahkan tidak ada rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden tembakan dan kebakaran di Resort World Manila hingga menyebabkan banyak nyawa terkorban selain kecederaan serta kemusnahan harta benda.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan tadi, Kedutaan Malaysia di Manila bagaimanapun akan sentiasa memantau kejadian berkenaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Malaysia yang berada di negara terbabit dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa Filipina.

"Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Manila di talian 00 (632) 662 8200 / 00 (63) 917 864 0761 (selepas waktu bekerja) atau emel di mwmanila@kln.gov.my," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian itu dilaporkan terdapat 36 mayat ditemui dalam kasino di Manila selepas lelaki melepaskan tembakan dengan raifal automatik dan memulakan kebakaran di bangunan itu manakala lebih 54 individu lain mengalami kecederaan.

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 4:41pm
d