mutakhir

'Sedih tak dapat berpuasa'

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Kesedihan seorang penghidap leukemia tahap empat bukan kerana penyakit dihidapi, namun Ramadan tahun ini dia tidak dibenarkan berpuasa seperti umat Islam lain berikutan perlu menjalani rawatan kemoterapi.

Situasi berkenaan dihadapi Nurul Asykin Abdullah, 12, yang disahkan menghidap leukemia tahap empat sejak beberapa bulan lalu, sekali gus menyebabkan dia perlu menjalani rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

Ironinya, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bangi itu boleh dikatakan sebagai seorang yang berdikari dan bersemangat tinggi apabila wajahnya sentiasa tersenyum selain tidak bersedih dengan dugaan menimpanya itu.

Malah, kanak-kanak ini tidak mengeluh atau bersedih apabila ibu bapa tiada di sampingnya sepanjang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Asykin berkata, dia dimasukkan ke hospital berkenaan sejak dua bulan lalu untuk proses rawatan dan kimoterapi sebelum dibenarkan keluar.

“Ibu kerja kilang manakala bapa buruh binaan menyebabkan mereka sibuk seterusnya tidak boleh menjaga saya sepanjang masa ketika proses rawatan di hospital,” katanya.

Disiarkan pada: June 3, 2017 @ 5:45am
d