mutakhir

Ikat, campak jaga dalam semak

Oleh myMetro

Jempol: Dua pengawal keselamatan warga Nepal bukan saja diikat malah turut dicampak dalam semak oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian samun di sebuah kilang di Taman Industri IOI, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 3.30 pagi, mangsa bersama rakan berusia 30-an didatangi lapan lelaki ketika melakukan rondaan di kilang berkenaan.

“Salah suspek mengacukan parang ke leher menyebabkan mangsa dan rakannya tidak berani melawan. Mangsa kemudian dibawa ke kawasan semak berhampiran sebelum diikat menggunakan kabel.

“Suspek berjaya melepaskan diri kira-kira 30 minit kemudian, lalu bergegas pulang ke rumah dan meminta pertolongan rakan untuk menghubungi polis,” katanya.

Katanya, selain barang peribadi milik mangsa, suspek turut melarikan satu perakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan bernilai RM1,000.

“Suspek dipercayai mengumpil pintu besi sebelum naik ke tingkat dua kilang berkenaan namun tiada barang lain didapati hilang. Setakat ini, polis menemui tiga kesan cap jari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Disiarkan pada: June 3, 2017 @ 5:56am
d