mutakhir

5 jam tiada bekalan elektrik

Oleh Recqueal Raimi

LALUAN satu lorong dibuka di Jalan Kiulu-Tamparuli berhampiran Kampung Malangang Baru, dekat Kiulu, kepada pengguna lalu-lintas berikutan tanah runtuh dan pokok tumbang, malam tadi.

Kedua-dua arah di jalan itu ditutup, selepas kejadian pada kira-kira 7 malam.

Bagaimanapun, satu lorong dibuka, pada 2.30 pagi, Sabtu, selepas kerja

pembersihan dilakukan.

Kejadian itu turut mengakibatkan kerosakan terhadap wayar telekom dan kabel elektrik.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tuaran, Adzizah @ Suzianah Akul, berkata sepasukan kakitangan JKR sudah ke lokasi kejadian dan sedang menjalankan kerja pembersihan.

"Kita masih menunggu jentolak bagi proses pembersihan yang lebih rapi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian awal, lokasi kejadian pernah berlaku tanah runtuh iaitu dua kali, April lalu, berikutan aktiviti meneres tebing bukit tidak diselenggarakan dengan baik.

"Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang itu turut mengakibatkan sebahagian penduduk Kiulu mengalami gangguan bekalan elektrik hampir lima jam.

"Kerja pembersihan dan pemantauan di lokasi turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tuaran,” katanya.

Disiarkan pada: June 3, 2017 @ 11:35am
d