mutakhir

Heret bayi raih simpati

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuantan: Dua wanita etnik Rohingya dikesan menggunakan anak mereka iaitu dua bayi perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki bagi meraih simpati orang ramai untuk memungut derma di bazar Ramadan Taman Kerang, di sini, kelmarin.

Aktiviti itu dikesan dilakukan mereka sejak beberapa hari lalu sebelum semua mereka termasuk dua bayi berusia 10 dan 11 bulan serta kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun diselamatkan pegawai dan anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, operasi dijalankan sejak jam 6 petang itu hasil aduan orang ramai yang melihat kelibat dua wanita berusia 30-an itu mengusung anak mereka sambil meminta sedekah daripada orang ramai di bazar Ramadan.

Lebih menyedihkan kejadian itu dilakukan dalam keadaan cuaca panas menyebabkan orang ramai mula bersimpati dan menghulurkan sedekah kepada mereka.

“JKM menyelamatkan mereka untuk mengelakkan wanita itu terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai dengan menggunakan bayi dan kanak-kanak.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 4, 2017 @ 1:07am
d