mutakhir

Hati terbuka sebelum puasa

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Sepanjang tujuh tahun lalu, dia sekadar menjadi pemerhati dan mengagumi rakan perempuannya beragama Islam menjadi umat yang baik serta mematuhi semua syariat terutamanya berpakaian menutup aurat.

Ketika itu, Sunny Ong, 22, hanya seronok dan tenang apabila bersama mereka sehingga Allah SWT mengurniakannya hidayah untuk mendalami ajaran Islam sekali gus memeluk agama syumul itu, Februari lalu.

Kini, sudah tiga bulan Sunny menggunakan identiti Nur Hidayah Ong Abdullah sekali gus mengakui kehidupannya menjadi lebih tenang apabila dapat merasai nikmat sebenar bergelar orang Islam.

Ramadan ini pula menjadi permulaan baginya untuk memantapkan diri sebagai penganut Islam sejati.

“Saya akui tertarik dengan ajaran Islam selepas mendampingi rakan perempuan Melayu yang berpakaian sopan, bertudung dan menutup aurat.

“Ketika bersekolah di tingkatan tiga, saya tertarik dengan agama syumul ini dan banyak bergaul dengan mereka untuk kenal Islam. Tinggal dan bersekolah di Machang membuatkan saya ramai kawan Melayu berbanding sama bangsa.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 4, 2017 @ 1:29am
d