mutakhir

Peniaga mati ditembak penyamun

Oleh Junaidi Ladjana

PENIAGA warga Pakistan ditemui mati dengan kesan tembakan di leher dan tubuhnya dipercayai disamun di tepi jalan Ladang KJS Sungai Melian, Tongod, Kinabatangan, semalam.

Mayat Rozimand Sherin Khan, 33, ditemui seorang pemandu lori kira-kira jam 8 pagi sebelum memaklumkannya kepada mandur di ladang berkenaan yang kemudian menghubungi polis.

Difahamkan, mangsa menunggang motosikal ke kawasan ladang berkenaan untuk mengutip hutang daripada pekerja di ladang itu pada 1.30 tengah hari, Jumaat lalu, sebelum beredar pada 4 petang.

Motosikal, beg sandang, telefon bimbit dan wang tunai RM3,000 milik mangsa tidak ditemui, dipercayai disamun sebelum peniaga itu dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek.

Disiarkan pada: June 4, 2017 @ 2:49pm
d