mutakhir

Tak sempat nak jual mercun

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

POLIS merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM4,000 dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Kampung Gemuruh, Bukit Payung, Marang, semalam.

Dalam serbuan 3.30 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai pengedar bahan terlarang itu.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat pelbagai mercun yang disimpan di dalam guni dan kotak.

"Siasatan mendapati suspek dipercayai mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki di Kuala Terengganu.

"Bekalan mercun ini dipercayai untuk pasaran di sekitar Marang dan Kuala Terengganu. Ketika serbuan, suspek baru dua jam mengambil bekalan itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, hari ini.

Disiarkan pada: June 4, 2017 @ 3:38pm
d